Pages

Tuesday, August 17, 2010

Arnab-arnab Membesar

Arnab-arnab Membesar

al-Hamdulillah, arnab-arnab yang telah 6 bulan di kampung ini. Kini mula membiak dan membesar. Mula menampakkan hasil yang baik. Wajah-wajahnya yang comel membuatkan siapa sahaja yang melihat merasa geram. Tidak sampai hati pula untuk disembelih dibuat lauk! Tetapi, kalau mahu dibuat haiwan kesayangan itu mungkin. Lihat sahaja bentuk rupanya dari gambar-gambar comel ini...

Anak-anak Arnab berumur 7 hari (lahir pada 11/08/2010)

Sebahagian arnab-arnab dewasa menunggu masa untuk disembelih pada hari raya ini.

Sebahagian reban/kandang arnab.

Arnab remaja jenis Angora mix local

Arnab remaja jenis Angora mix local

Arnab remaja jenis Lion Head mix local

Arnab dewasa jenis local sedang bersantai.

Arnab dewasa jenis local sedang bersantai.

Ayam Itik Di Kampung

Ayam Itik Di Kampung...

Yang gambar atas ni adalah sekawan itik-itik dewasa, manakala gambar di bawah pula adalah wajah-wajah ceria anak-anak ayam yang mula meningkat remaja.


Ayam dan itik adalah dari bangsa burung. Tetapi tidak boleh terbang. Kadang-kadang tu itik-itikku ini mampu terbang jua bila diganggu. Terutamanya yang betina. Tidak yang jantan, kerana badannya besar dan berat.

Ayam itikku begitu mesra. Amat mudah dipegang. Tidak lari kepada yang biasa dengannya. Sikapnya gemar menyudu, walaupun di tengah becak yang berlumpur. Orang kota memang tak lalu melihat. Lagi-lagi kalau mahu memakan. Sungguh silap perkiraan mereka. Kerana ayam/itik di kota sana lagi aku tak lalu. Kerana hidup mereka lebih kotor dari lumpur dan selut. Tubuh mereka dipenuhi dengan bendasing kimia beracun yang disumbatkan ke dalam tubuh melalui suntikan dan makanan.

Bagi yang biasa di desa, itulah sifat ayam/itik yang alami. Hidupnya bebas, makanannya segar... Hidupnya sihat tak berpenyakit. Tidak seperti ayam/itik di kota yang tidak boleh putus bekalan suntikan vitamin dan hormon. Kitar hidupnya singkat, terkurung di sangkar tak berkembang otot pejalnya. Makanannya terpaksa walau tidak mengais.