Pages

Wednesday, March 16, 2011

Jualan Ayam Kampung

Jualan Ayam Kampung

http://bumi-desa.blogspot.com


Alhamdulillah, sekarang kami mula membekalkan stok ayam kampung secara kecil-kecilan. Berikut butiran harganya:

1 - Harga daging segar/frozen, RM18 sekilogram.

2 - Harga hidup (atau sembelih tanpa proses), RM14 sekilogram.

Hubungi kami di 013-3701152 (En. Nawawi) atau 07-4545541 (En. Subandi) - No. 16, Kampung Pt. Marion, Mukim 7, 86400 Pt. Raja, Batu Pahat, Johor. Atau pengedar kami di Seksyen 8 Shah Alam (Selangor) - 012-6887715 - bagi tujuan pesanan, tempahan, dan belian.

Daging ayam kampung adalah pilihan/alternatif yang baik bagi menggantikan ayam bandar/ternak. Ia bebas dari suntikan dan makanan tambahan yang memiliki kesan negatif jangka-panjang. Amat sesuai untuk hidangan makan tengahhari, kenduri, untuk tetamu, dan seumpamanya. Cubalah sendiri keenakan dan khasiatnya...

Contoh Setelah disembelih dan buang bulu

Contoh Ayam kampung siap potong/cincang

Contoh Hidangan Nasi bersama Sup Ayam Kampung

Beberapa Contoh Rakaman Ayam, Itik, dan Arnab

Beberapa Contoh Rakaman Ayam, Itik, dan Arnab

Ayam-ayam Kampung

Ayam-ayam Kampung Sedia Untuk Dijual/Sembelih

Arnab bersama-sama anaknya


Contoh baka arnab Angora mix Lion Head

Sebahagian contoh arnab-arnab dalam sangkar

Separa Loop

Thursday, November 25, 2010

Jualan Daging Arnab

Jualan Daging Arnab

(Lihat butiran harga dan lokasi kami di bawah)

Proses membersihkan (mengasingkan kulit) arnab sebaik sembelihan dilakukan

Sebaik kulit arnab selesai dibuang/disiat

Daging Arnab siap dicincang dan dibersihkan untuk dimasak/disimpan

Contoh hidangan masakan daging arnab (rendang)

Kami telah maju selangkah untuk membuka jualan daging-daging arnab kami kepada sesiapa sahaja yang berminat.

1 - Harga daging segar/frozen, RM42 sekilo.

2 - Harga hidup, RM48 seekor dewasa bagi baka daging/tempatan.

3 - Harga Siap sembelih tanpa proses, RM35 sekilogram bagi baka daging/tempatan.

Hubungi kami di 013-3701152 (En. Nawawi) atau 07-4545541 (En. Subandi) - No. 16, Kampung Pt. Marion, Mukim 7, 86400 Pt. Raja, Batu Pahat, Johor. Atau pengedar kami di Seksyen 8 Shah Alam (Selangor) - 012-6887715 - bagi tujuan pesanan, tempahan, dan belian.

Daging arnab amat sesuai untuk hidangan makan tengahhari, kenduri, untuk tetamu, dan seumpamanya. Cubalah sendiri keenakan dan khasiatnya...

Contoh Arnab Daging Kami (Dalam kandang)

Tuesday, August 17, 2010

Arnab-arnab Membesar

Arnab-arnab Membesar

al-Hamdulillah, arnab-arnab yang telah 6 bulan di kampung ini. Kini mula membiak dan membesar. Mula menampakkan hasil yang baik. Wajah-wajahnya yang comel membuatkan siapa sahaja yang melihat merasa geram. Tidak sampai hati pula untuk disembelih dibuat lauk! Tetapi, kalau mahu dibuat haiwan kesayangan itu mungkin. Lihat sahaja bentuk rupanya dari gambar-gambar comel ini...

Anak-anak Arnab berumur 7 hari (lahir pada 11/08/2010)

Sebahagian arnab-arnab dewasa menunggu masa untuk disembelih pada hari raya ini.

Sebahagian reban/kandang arnab.

Arnab remaja jenis Angora mix local

Arnab remaja jenis Angora mix local

Arnab remaja jenis Lion Head mix local

Arnab dewasa jenis local sedang bersantai.

Arnab dewasa jenis local sedang bersantai.

Ayam Itik Di Kampung

Ayam Itik Di Kampung...

Yang gambar atas ni adalah sekawan itik-itik dewasa, manakala gambar di bawah pula adalah wajah-wajah ceria anak-anak ayam yang mula meningkat remaja.


Ayam dan itik adalah dari bangsa burung. Tetapi tidak boleh terbang. Kadang-kadang tu itik-itikku ini mampu terbang jua bila diganggu. Terutamanya yang betina. Tidak yang jantan, kerana badannya besar dan berat.

Ayam itikku begitu mesra. Amat mudah dipegang. Tidak lari kepada yang biasa dengannya. Sikapnya gemar menyudu, walaupun di tengah becak yang berlumpur. Orang kota memang tak lalu melihat. Lagi-lagi kalau mahu memakan. Sungguh silap perkiraan mereka. Kerana ayam/itik di kota sana lagi aku tak lalu. Kerana hidup mereka lebih kotor dari lumpur dan selut. Tubuh mereka dipenuhi dengan bendasing kimia beracun yang disumbatkan ke dalam tubuh melalui suntikan dan makanan.

Bagi yang biasa di desa, itulah sifat ayam/itik yang alami. Hidupnya bebas, makanannya segar... Hidupnya sihat tak berpenyakit. Tidak seperti ayam/itik di kota yang tidak boleh putus bekalan suntikan vitamin dan hormon. Kitar hidupnya singkat, terkurung di sangkar tak berkembang otot pejalnya. Makanannya terpaksa walau tidak mengais.

Wednesday, April 21, 2010

Bumi Desa

Bumi Desa

Keindahan desa menggamit jiwa.
Diwarnai dengan kehijauan flora.
Diserikan dengan gelagat ternakkannya.
Khazanahnya begitu alami.
Udaranya nyaman lagi segar.
Sejuknya menembus tulang.
Embun paginya sentiasa membasah.
Tanahnya sentiasa membaja.
Cangkul saja pasti merimbun.
Tetapi tak ramai yang mengerti.

Bumi Desa...
Di situlah ketenangan dan kedamaian.
Ada ibu dan ayah.
Hati yang gundah bisa tenteram.
Tenangnya tanpa kesibukkan dunia metropolitan.
Riuhnya hanya dari sang fauna.
Kehijauannya membelai mata.
Keletah haiwan-haiwan mengusik hati.
Hidupan liarnya begitu unik menarik perhatian.

Wahai sahabat dan rakan...
Ayuh kembali ke desa!
Di sana ada kehidupan...